Selamat Datang Ke Laman Blog Asrama Sekolah Kebangsaan Bagan Terap..

Thursday, July 29, 2010

Sejarah Asrama Desa SK Bagan Terap



Asrama Desa ini dibina pada tahun 1996 di atas tapak kebun kelapa sawit sekolah. Kos pembinaan dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Bangunan ini dibina mengguna sistem failing dan batu bata. Bangunan ini dibina berdasarkan keluasan 4 buah bilik darjah, bangunan setingkat berbentuk dorm.

Perasmian pembukaan asrama telah dirasmikan oleh En Solehan bin Remot, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam pada 1 Oktober 1997. Asrama ini menempatkan 50 orang penghuni iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan. Keutamaan akan diberikan kepada murid tahun 6 yang mana akan menduduki peperiksaan UPSR. Dibawah pengawasan dua orang warden iaitu En Mohd Jamil bin Samingon (warden lelaki) dan Cik Azizah binti Mohd Ali (warden perempuan). Asrama ketika itu di bawah pentadbiran Puan Hajjah Salmah binti Mohamad selaku Guru Besar SKBT.

Sempena 50 TAHUN SKBT sekali lagi asrama desa ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Dr Hj Abu Hassan bin Hj Omar SPMS, SMT, PIS, FCIT Menteri Besar Selangor. Pada 12 Disember 1997 bersamaan 12 Syaaban 1448 H, beliau telah menanam pokok pinang di hadapan blok asrama putera sebagai tanda asas. Pada 1 Syaaban 1420 H bersamaan 11 November 1999 penghuni asrama desa sungguh bertuah kerana sebuah musalla bernilai RM 80,000.00 telah siap dibina. Dirasmikan oleh Y.B.M Dato' Hj Raja Ideris bin Raja Ahmad DDSA, AMS, AMN, PJK (Adun Kawasan Sabak Bernam). Musalla ini dibina menggantikan surau papan yang biasa digunakan untuk kemudahan penghuni asrama beribadah dan belajar fadu ain. Musalla ini juga digunakan untuk majlis pengajian guru-guru setiap bulan, majlis baca Yaasin, program motivasi, Khatam al-Quran, majlis meraikan bakal-bakal Haji dikalangan warga sekolah dan ibu bapa SKBT dan pelbagai program lain.

Tanggal 6 Februari 2001 Dataran Asrama Desa telah digunakan sebagai tempat Majlis Persaraan Guru Besar Tn Hj Ahmad bin Md Rais. Pada hari tersebut penghuni asrama telah membuat persembahan bagi meraikan majlis tersebut.

Pada tahun 2002 asrama ini telah mendapat peruntukan jalan bertar oleh Jabatan Pendidikan Selangor (JPS). Pada tahun itu juga penghuni asrama telah mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR terutama pelajar puteri 13 daripada 14 orang telah lulus. Buat pertama kalinya seramai 7 orang penghuni asrama berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 orang 5A dan 5 orang 4A

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN:Asrama Sekolah Kebangsaan Bagan Terap tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.